Life after SPM.

Banyak benda jadi dalam jangka masa hampir setahun sebab aku lama tak taip dekat blog. Halangan nak SPM la, nak bercuti goyang kaki la, nak kerja la dan sekarang akan menjejak ke kolej bagi menyambung pembelajaran yang agak sudah lama terhenti. Nak dekat setengah tahun la jugak tak sentuh buku, pen (ada la pegang since kerja dulu).

Dulu lepas SPM ja, memang banyak plan. Nak amik lesen la, nak pegi keluar la tapi itu hanyalah angan (part nak keluar tu je la yang jadi realiti). Lesen tak amik sebab umi a lil worry. Sebab pengguna jalan kat Penang ni bawak motor/kereta/lori cam pelesit ok. So lesen memang takdak ah sekarang. Then mula la duk keluar dengan member. Sampaikan pada satu tahap tu, malu nak mintak duit kat umi. So decided nak kerja. 

Secret Recipe menjadi pekerjaan aku yang first! Heh ketaq la wey nak kerja. Risky ok nak kerja dekat section cake & cashier. Kena handle kek, kena handle duit. YA ALLAH.. aku ni dah la cam lembab sikit kalau pegang duit sebab aku tak suka deal dengan hal akaun bagai. ALAHAN OK! but then slowly, dah terer ah nak kerja section tu. Kenkadang kalau floor busy, aku ni rajin turun hehe! Malah, sempat cuci mata. WELL HELLO, SAPA JA TAK MINAT HOT CUTE GUYS KAN? 

Dan current life setelah kerja nak dekat 4 bulan, aku tengah merajinkan diri  nak pack barang. Seriously I hate packing things. Dah la dapat kolej jauh ke selatan. Londang ok. London pun boleh. Fasa hidup baru akan bermula. And dang! Aku dapat pst sains kat KoleJ Matrikulasi Melaka. Aku harap aku tak homesick, tak nangis teruk. Tu ja aku harap. Down to kmm are Wafi, Khul, Izza, Mary dengan Amirah. Other than them, ntah la. Wallahualam. Kita tengok ah hari pendaftaran nanti. Heh habis la aku ayu memanjang ja lepas ni. 

So Isnin dengan Selasa lepas, aku gunakan sebaiknya 48 jam yang ada ni, dengan melawat sekolah, cikgu, kawan super-rapat dengan kawan lelaki yang agak annoying perangai (AHAHAHAHA) Semua cikgu pesan, "All the best!" "Be among the best students there!" "Matriks susah okay. Jangan nak memain sangat," "Jangan lupa hantar kad kawin tauu!" Then having steamboat session kat Hik's crib. Heh, memang makan besor gila ah. Gemuk aku ok. Naik lemak berapa ntah kilo! Then besoknya jumpa the boys. And again makan..................... tengok la camna aku tak gemok. Tapi selagi aku happy, OKAY JA! 

Well, I'll be updating about my friends' sebab ntah.. aku rasa sebak. 

Bye.