Farewell Two-Oh-One-One









**bahasa rojak akan digunakan pada entry kali ni. Kalau sapa-sapa nak saman, mintak difikirkan beribu kali kerana ini adalah hak Ayeshah Fadzil selaku tuan tanah blog ni :)



Tahun dua-ribu-sebelas telah menjadi tahun yang begitu amazing.
Banyak peristiwa yang bersejarah dah berlaku dalam tahun ni.
Penuh dengan kegembiraan, kesedihan, ke-blur-an, kejutan dan banyak lagi. 
Allah dah mencorakkan perjalanan tahun 2011 aku dengan penuh pengajaran. 
Dan telah mencorakkan kehidupan manusia lain di muka bumi ni. 

  Tingkatan 3 Aked :
  • Memegang jawatan ketua kelas for the first time!
  • Kena settle banyak hal kelas. Tu yang aku tak suka tau!
  • Buat brainstorming ngan kelas masa nak design t-shirt kelas :D
  • AND DISCUSS PASAL NAK JUAL APA ON FIESTA GEORGIAN!
  • Kena marah ngan cikgu sebab tak amik chalks kat office sebab chalks dah habih
  • Berketar masa nak buat oral. Aku tak reti la nak cakap-cakap ni.
  • Pegi kelas tambahan untuk separuh tahun ja. Lepas tu, menghilang :P
  • Dapat piala kelas terbersih and dipanggil oleh pengetua on my birthday. OMG.
  • Berlari ke utara, selatan, timur, barat sebab nak cari cikgu ja. 
  • Suara makin menghilang yaa..

  Dengan member :
  • Lepak depan bengkel KH. Sampai terpaksa bohong sunat.
  • Pernah nangis sebab member gaduh. Tak larat nak kuar airmata dah.
  • Mengamuk dekat Athira ngan AinA on fiesta day sebab lambat tukar baju xD
  • Jumpa mereka yang aku add kat facebook. Sungguh tak sangka yang dapat jumpa depa. 
  • Sama-sama kelentongkan banyak cikgu.
  • Buat muka tak malu masa amik gambar kat MPPP komtar for kerja kursus Sejarah.
  • Jalan dari sekolah ke Jalan Burmah untuk buat soal selidik for kerja kursus Geo.
  • Masa bertukang untuk KH. Memang lawak dengan cikgu tu :)

  Memori manis & pahit & masin & kelat :
  • Masa dapat tau masuk kelas depan sekali.
  • Masa dapat result yang paling teruk dalam hidup. Exam pertengahan laa.
  • Masa majlis mohon restu. Ya Allah, muka macam pau pink tu!
  • Masa duk buat trial. Peluh ja tangan.
  • Masa dapat tekanan from cikgu-cikgu. Serius nak muntah dengar ceramah.
  • Masa dapat tau ada senior form 5 yang meninggal sebab accident. Innalillah. Moga rohnya dicucuri rahmat-Nya. Sedekahkanlah Al-Fatihah :)
  • Masa nak masuk bilik exam on the first day. Mulut terkumat-kamit. Macam nak baca jampi!
  • Masa yang membohsankan after exam. Sampai taktau nak buat apa duh..
  • Masa nak tunggu result PMR kuar. Allah ja yang tau camna perasaan tu. Tak boleh nak lena, tak boleh nak makan pun!
  • Masa cikgu announce nama untuk amik slip exam. Alhamdulillah!
  • Masa nak pose sebab press The Star nak wat cover-up  xD

Indah betul 2011. Berterima kasihlah kepada-Nya kerana masih lagi memberikan ruang kepada manusia yang bernyawa dan penuh dosa. Moga kita mengambil iktibar, pengajaran kalau ada buat banyak silap sepanjang tahun 2011. 





No comments:

Post a Comment

Critics from you, please?