Kawan, sahabat, teman dan .....



“Jika seseorang itu sayang kepada sahabatnya maka hendaklah dia beritahu bahawa dia menyayanginya.” (Riwayat Abu Daud)




Tak sah la kan kalau berkawan tu, tak pernah bergaduh, tak pernah misunderstood, tak pernah jealous, tak pernah dengki dan macam-macam lagi yang boleh menyebabkan friendship tu macam peperangan. Biasalah. Dah adat berkawan selalu macam tu. Tu baru friendship. Kalau relationship? Haa.. Cabaran lagi besar sebab kena handle someone yang berbeza gender. Susah la sikit *ye la kut* 


But people nowadays think that there is no more true, loyal, friendship sebab dah ramai orang cakap yang kawan zaman sekarang ni, lebih suka 'kawan makan kawan'. Ingat kita ni kanibal sangat ka sampai nak makan kawan sendiri? No, we're not. Certain people yang suka mementingkan diri sendiri ja yang rela fake-kan kesetiaannya, kejujurannya dan kesucian sesebuah persahabat itu dengan benda yang remeh. 


Contohnya, kalau si A nak kat boyfriend si B, si A sanggup berbuat apa sahaja yang mampu untuk mendapatkan boyfriend si B. Sampai boleh santau-menyantau. SAHABAT BAIK LA SANGAT KAN? Atau pun, mungkin si C ni dengki kat si D sebab si D ni dapat score markah Add Maths *kononnya*. Jadi, si C ni sanggup menabur fitnah pasal si D. Takkan la orang jenis ni takda perasaan belas kasihan dekat kawan mereka sendiri? Rasanya TAK. 


So, its better for us to search friends that can guide us to Jannah. Tak kisah la sama ada lelaki mahupun perempuan. Tujuan kita hidup di dunia ialah untuk beribadat kepada-Nya dan mengumpul seberapa banyak pahala untuk kehidupan di Akhirat kelak. 


Carilah yang elok budi pekerti. Yang tahu akan halal dan haram. Yang mampu mendorong kita melakukan kebaikan. Yang menjadi peneman dikala sunyi dan dikala gembira. Yang otaknya bergeliga dan sentiasa memikirkan akan sesuatu yang berguna. Yang tahu cara untuk berseronok dengan cara yang elok. Yang boleh menjadikan kita seseorang yang tahu menghargai nilai persahabatan. 


Jangan cari yang pandai membuat kejahatan. Jangan cari yang pakaiannya macam kain buruk. Koyak sana sini. Astagfirullah. Jangan cari yang suka mencerca dan memaki hamun selalu;setiap masa. Jangan cari seseorang yang malas menjejakkan kaki ke rumah Allah. Jangan cari spesis iblis yang suka membisikkan kemungkaran. JANGAN SESEKALI, PADAH MENANTI.


Mungkin kita ada kawan yang pelbagai ragam tapi kita senang dengan perangainya. Paling utama, carilah yang sentiasa mencari akan keredhaan dan keberkatan Allah. Insyaallah, hidup akan sentiasa disinari hidayah daripada-Nya. 



No comments:

Post a Comment

Critics from you, please?