Nasib kunci spare ada. Kalau tak, memang nanti kena soal siasat dengan mak. Huh! Langkah kanan didahulukan. Gelap. Dia dekatkan diri ke katil. Takda. Okay, jangan panik Azrul Irfan... dia menjengah ke sebelah kiri katil. Takda jugak. Ya Allah.. mana bini aku?? Dia mula kalut. Pintu bilik air dibuka luas. Nope, she's not in! Langkah dipanjangkan ke beranda. Matanya laju membawa pandangan ke arah kerusi malas di beranda. Syah tidur dalam keadaan meringkuk. Kesejukan malam terlalu dingin buat Syah. Tanpa membuang masa, Azrul mendapatkan Syah. Badan Syah diangkat. Berat jugak wife aku ni.. Makan tak ingat dunia la ni.. Didukung masuk dan diletakkan di atas katil. Syah tergerak sedikit. Reaksi ketika bermimpi mungkin. Azrul memandang wajah Syah. Pucat. Pandangannya turun ke leher Syah. Pandangannya didekatkan. Rantai?
Tak sangka Syah memakai rantai yang dibeli Azrul masa birthday Syah yang ke-16. Rantai silver yang ringkas. Loketnya berbentuk bintang. I thought she threw it, getus hati Azrul. Pandangannya jatuh ke jari Syah. Mana cincin nikah? Azrul tak pernah perasan pun. Sebenarnya, Syah tak pernah memakai cincin kahwinnya selepas majlis nikah. Katanya, jarinya rimas memakai sebarang cincin. Dia lebih suka rantai atau gelang. Azrul melepaskan keluhan penat. Dia bangun untuk membersihkan diri.
"Syah, bangun, sayang. Almost 5. Nanti solat jemaah, okey" wajah Syah dipandang penuh kasih sayang. Wajah Syah statik. Dia bangun dari tidurnya dan berjalan ke arah toilet dan...... Gedebukk!
Badan Syah panas. Suhu badan mencecah 39°C. Muka pucat lesi. Melihat keadaannya pun, Syah memang kesian. Nasib si Azrul ni doktor. Boleh la rawat si isteri ni. Azrul mengambil cuti mengejut selama 2 hari. "Hello, Assalamualaikum, boleh cakap dengan Puan Adlin?" "Waalaikumsalam Encik Daniel. Maaf ye tapi Puan Adlin sakit." "Oh! Sorry but I need to get her signature for a project in Perlis," desak Encik Daniel. "I'm so sorry but she's can't. But can you come here? Its pretty easy to do so," Azrul memberi cadangan dan Encik Daniel setuju untuk datang.
"Thanks Puan Adlin," Encik Daniel berkata penuh senyuman. Syah membalas senyuman itu. Si Azrul pula, tengah makan hati. Yelahh.. boleh pulak duk buat sweet manis madu depan aku. Hamboihh! Setelah Encik Daniel beredar, Azrul mendapatkan isterinya. Hampir seharian Syah mendiamkan diri dari bercakap dengan Azrul. Azrul duduk membelakangi isterinya. "Kenapa Syah mendiam?" Azrul bertanya. "Kenapa Syah taknak cakap dengan Azrul?" Azrul bertanya lagi. "Kenapa sayang abang sorang ni, diam membisu?" Azrul terus menerus bertanya. Namun, Syah tetap diam. No response. Azrul berterusan bertanya sehingga..... "Fine. Dah kalau Syah memang nak membisu dengan hubby Syah ni, bisulah.. Hubby Syah ni nak makan. Bye." Belumpun Azrul mengangkat punggungnya, satu pelukan dari belakang menghalangnya. Sejuk tubuh insan itu dapat dirasai. Pelukan lemah itu membuatkan Azrul mendapatkan pelukan isterinya. Kepala Syah diletakkan di dada Azrul, "Kenapa you keluar dengan perempuan lain? I tau I tak layan you macam isteri orang lain buat tapi I tak suka you buat macam tu. I cepat sakit hati, I cep.." "You cepat cemburu?" Azrul mencelah laju. Syah mendongak melihat Azrul, "Biar I bagitau you something. I once in love with that girl who you met recently." PAAAPPP! Tamparan kuat hinggap di pipi Azrul. "But that was back in UK.. Ouuucchh! Sakitlah Nursyah Adlin!" cubitan Syah mengenai tangan Azrul. Mati-matian Syah ingat Azrul nak menduakan dia. "I boleh mati dengan isteri macam ni tau tak!" pandangan Azrul naik turun, memandang insan yang dia cintai itu. Syah gelak dalam diam. Cemburu buta tak bertempat! "Y'know Syah, I've made my promise to umi and walid, to take care of you till the end my breath. Lillahita'ala. I kahwin dengan you bukan hanya sebab sesuka hati," Azrul berkata. Syah kembali memeluk Azrul. Aisehh best pulak peluk orang.
No comments:
Post a Comment
Critics from you, please?