Ceritera Turban.

Assalamualaikum! It's a month tak blogging. Sibuk ahh *malas sebenarnya*
Okay straight to le point.
TURBAN
I don't why sebahagian muslimah sekarang amat meminati turban. Even myself yang berhijab ni pun, cukup tidak menyukai pemakaian turban yang hanya menutup rambut dan ada juga yang melihatkan leher mereka.
Mungkin disebabkan peredaran zaman yang terlalu mementingkan konsep fesyen sehingga menyalahkan konsep menutup aurat yang telah termaktub dalam Kalam Allah?
Mungkin disebabkan cuaca yang selalunya panas sehingga menyebabkan penutupan aurat sebegitu?
Mungkin juga kerana lupa akan betapa Rasulullah melarang kaum wanita beragama Islam memakai pemakaian turban yang dilihat seolah-olah bonggol unta?

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang bergoyang-goyang. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikan.(HR Muslim).

Penutupan aurat yang sebetulnya ialah semua bahagian badan wanita Islam kecuali tapak tangan dan muka. Ada juga yang berniqab. Alhamdulillah syukur :)
Pakailah pakaian seperti kita hendak menghadap Yang Maha Esa. Seolah-olah kita ingin berjumpa Dia. Kemas, menutup aurat dan tidak menimbulkan fitnah.
Tiap kali melihat orang yang berturban, it makes me so uncomfortable looking at them. Dari pandangan orang awam; ya, cantik. Dari segi pandangan Allah? Wallahualam. Ingatlah bahawa kita hidup Lillahita'ala. Utamakan Dia dalam hidup. Biar orang mengata yang kita berpakaian gaya orang kampung kuno. Itu hanya dunia.
Jadi, berfikirlah semasak-masaknya sebelum hendak memakai sesuatu pakaian mahupun tudung.
Saya pun tak alim ulama begitu. Hanyalah sebagai seorang Muslim yang masih mencari hidayah-nya :)



No comments:

Post a Comment

Critics from you, please?