Guru Day! 2013

Assalamualaikum, hi people....

16 Mei 2013.
Kick-off the day by entering the class and susun makanan, minuman atas meja. And wow kelas 5 Nilam ja yang semangat berkobar-kobar buat class party for Teacher's Day. Kelas lain a lil bit dull. Haha agak femes ler jugek kelas 5N hari Khamis haritu. Well, nama pun Nilamians...

Duk sibuk plan nak letak macam mana lol memakcik ni laa..


Ni namanya gedik yang melebihi seorang model ye kengkawan. Perasan kuasa 5. 


Around 8, 4 of us turun pegi Laman Koop except Wafi sebab dia ada exam Seni Paper 1. Kesian..... Kat Laman Koop ada game Musang Berjanggut. Alaa yang kena asing kekacang and stuff. Nasib ja takdak gula garam. Hee! Pengetua main game ni and seriously she was so into it. Gedik is the best word to describe la. Dah students pun camtu xD

Ce asing. Tekun bebenor cikgu-cikgu titeww..


At the same time, ada la game lain. Tapi sempat tengok game Musang Berjanggut dengan Bola Jaring Guru Lelaki. Lol! Cikgu-cikgu lelaki main netball macam main rugbi la, basketball la. Cikgu yang badan-badan kecik, semua kena buli. Habis hilang suara sebab duk menyokong hee!

Ni bukan netball ya anak-anakku -__-


Sesambil tu, wished cikgu memana pun la "Happy Teacher's Day" siap salam lagi. Budaya kami :) Amik berkat.

Masuk kelas pukul 9:30 and seriously perut lapaq gila gaya badak tak makan sebulan hoho! Kami makan dulu before cikgu-cikgu mai...


Dah adat orang zaman sekarang; tangkap gambo dulu, baru makan. Hehe
Maaf. Muka habis poyo zzzzzz

Ended up the day dengan majlis di Dewan Perdana. Kami berlima dapat front seat (duduk bersila sampai kekejangan kaki tapi dapat privileged fan hehe) Mula dengan a short drama by Cikgu Azli dengan cikgu-cikgu praktikal. Tak larat kami gelak tengok lagak-lagak cikgu. Belajaq Sejarah ngok ngek xD Then ada dance troupè and teachers singing. Oh before the ceremony starts, kami buat perarakan guru from the back of the hall to the front!

In le hall.

Y'know, profesion sebagai guru begitu mulia. Pahala yang seorang cikgu dapat takkan pernah habis kerna anak muridnya akan kelak jua mempraktikkan dalam situasi realiti di dunia ini. Without treachers, there are no amazing leaders, persons and great achievers in this world.

Kepada guru-guru yang telah mengajarku erti silibus pembelajaran di dalam textbooks mahupun buku latihan, yang telah mengajar nilai baik serta mahmudah, yang telah memberi nasihat serta pedoman malahan jua pengajaran; beribu kali kuucapkan terima kasih namun tidak jua sepadan akan baktimu kepadaku. Cikgu-cikgu, saya salute kesabaran, ketahanan mentalmu dan kewibawaanmu dalam mengajar seorang manusia yang masih mentah dalam dunia yang penuh onak duri.

Terima kasih,
Terima kasih,
Dan terima kasih kuucapkan.

:)

Calon-calon SPM 2013

No comments:

Post a Comment

Critics from you, please?