He, again. (1)
"Kita sampai dah umi!" kata Syah kepada uminya. Uminya pandang sekilas dan keluar dari kereta. Adik perempuannya membuntuti umi. "Syah amik hadiah kejap. Umi masuklah. Nanti Syah kenalkan kat parents Karina." kata Syah. Uminya hanya mengangguk dan masuk ke pintu depan Dewan Orkid tu. Dengan tiba-tiba, hadiah perkahwinan untuk Karina, jatuh dengan tidak semena-menanya. Dia kalut mengangkat semula dan... "OUCHH!!" kepalanya diurut laju. Langgar tiang elektrik ke? Mak aii.. sakit! "Ops! Sorry awak! Ingat nak tolong angkat. Tapi awak bangun laju sangat. Kan dah terhantuk." suara garau itu menerpa Syah. "Ahh takpalah. Its nothing," laju Syah bergegas berjalan masuk ke dalam dewan.
"Selamat pengantin baru ye Karina! Dah jadi bini orang, jangan nak curang kat laki hang ni. Jangan main kayu tiga dengan mamat Korea dah.." kata Syah sambil menjelir lidah. Nasib je laki si Karina ni takda. Kalau tak, malu! "Ehhh.. laki aku first in the list k! Tapi yang laki aku kat Korea tu, takleh dilupakan!" "Ape awak kate? Takleh lupe ye?" tanya suami Karina, Ahmad. Karina membeliakkan mata apabila dengan tiba-tiba suaminya berada di sisinya. "Ape awak.. takdelah.. memain je!" pujuk Karina. "Asal duk berawak-saya? Kenapa tak berabang-sayang? Haha!" Syah memerli pasangan raja sehari itu. Dua-dua terus blush! Eloklah nikah depa ni. Sejak dari primary school kut. Jodoh depa. Sebaklah jugak sebab dalam geng depa ni, tinggal dua orang ja still available. Syah dengan Fay. Fay sibuk dengan kerjanya. Katanya nak kumpul duit banyak-banyak. Nak kaya. Padahal dia tu, boleh digelar jutawan! Syah ni pulak, engineer kat syarikat swasta. Memang berkopaklah duit dalam poket.
Tetiba badan Syah diraih oleh seseorang. Seseorang yang sudah lama dia tak berjumpa. Aunty Sara. Mummy Karina yang merangkap mummy angkatnya. Dia memeluk erat tubuh tua itu. Rindu Aunty... Uncle Rahim hanya memberi senyuman manis. "Syah apa khabar? Sihat? Kenapa tak bawak husband?" "Alhamdulillah, sihat, aunty. Husband? Saya..." belum Syah habiskan ayatnya, Karina menyampuk, "Dia tunggu sorang tu lagi la mummy. Mananya dia nak kahwin lagi. Ye kan Syah?" kening ala Ning Baizura diangkat tinggi oleh Karina. Saja nak perdajal aku la en member aku ni?! "Tunggu sapa Syah?" Aunty bertanya. "Tunggu anak angkat mummy yang lagi sorang tu la.." sekali lagi Karina menjawab bagi pihak Syah. "Hah? anak angkat mummy? Which one?" "Azrul Irfan tu laa.." Karina makin galak mengusik Syah. Terbuntang mata Syah mendengar. Insan tu dah lama hilang dari pandangannya. Insan yang sentiasa mendengar masalahnya ketika di bangku sekolah dulu. Lamunan Syah dikejutkan dengan kehadiran Aris, Fay dan Naqi. "Wahh.. Aris dengan Naqi bawak family depa! Okay aku jealous!" Syah menyapa. "Hang cepatlah kahwin. Hehe! biar kami pulak merasa nasi minyak hang!" Naqi mengendong bayi kecilnya; Afiq Firdaus. "Asyik nasi minyak jaa.. aku buat nasi beriyani la!" Syah menjawab. "Cepatlah buat!" Fay pulak bersuara. Syah memandang Fay, "Hang tu tak nikah lagi, duk paksa orang pulak! Pi la kahwin dulu!" "Aku nak kumpul duitlah." Fay kembali menjawab. "Tak habis-habis la kan duit hang tu?" Aris pulak membuka mulut. "Dari hampa bersembang, better pi makan. Sedap ohh makanan dari katering ni!" sebut Karina dengan bersungguh. "Aku makan dengan umi and adik. So, nak join ka yang lain?" "Okay ja. Jom!" Fay mengikuti Syah rapat, dari belakang.
"Kak pi mana? Lama betul!" adiknya bertanya. "Jumpa memberlah. Lama tak jumpa. Ni kira reunion la jugak!" Syah meletakkan pinggan yang dah penuh dengan lauk. Hehe! kuat makan jugak Syah ni! Fay, Aris dan Niqa bersalaman dengan umi Syah dan adiknya. Mereka makan dengan penuh meriah. Pelbagau cerita ada. Mentanglah dah lama berjumpa, nak gather macam ni. Semua kan dah sibuk dengan kehidupan masing-masing. Setelah usai makan, Syah bangkit bersama umi dan adiknya, menuju ke arah Aunty Sara. "Aunty, nanti Syah datang balik ok? Nak hantar umi dengan adik balik dulu." kata Syah penuh manis. "Okey. Janji datang balik tau. Lepas Asar nanti, ada sesi photoshoot dengan pengantin. Datang tau!" "InsyaAllah aunty." Syah menyalami Aunty Sara. Begitu juga umi dan adiknya. Mereka melangkah ke arah parking area.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Critics from you, please?