Syah memandu Toyota Vios putihnya kembali ke Dewan Orkid. Nasib dekat ja dengan rumah aku. Kalau tak, memang tak pi sini la balik. Hihi! Suara hatinya berkata. Syah memarkir keretanya dan bergegas masuk kerana hujan mulai rintik. Dia mendapatkan gengnya semula. Suasana kembali kecoh dengan kehadirannya. Sama seperti masa mereka di sekolah menengah. "Ni.. bilanya nak photoshoot?" tanya Fay. "Tau la hang ni hotstuff. Sabarlah!" kata Karina. Tanpa disedari mereka, seorang pemuda dalam lingkungan 20-an menghampiri. Bersamanya, sebuah kamera dslr di tangan. "Sampai pun cameraman kita," kata Karina.
Sesi photoshoot dimulakan dengan kedua-dua mempelai. Dua-dua bak pinang dibelah dua. Secocok. "Tu, pegang pinggang Karina." cameraman menyuruh. Si Rahim malu-malu untuk memegang. Berapa kali dia cuba, Karina akan tergelak. Ended up, dua-dua taknak. Katanya malu. Huk alohh.. nanti duduk serumah, sebumbung dan sebilik gak enn.. Syah menggeleng. Karina dan Rahim kuat diperli oleh keluarga dan rakan masing-masing. Hihi! Syah turut sama untuk join sekali memerli. "Duduklah rapat sikit. Kan dah halal buat hampa.. malu apanya.." Aris lantang berkata. Tahulah Aris tu dah kahwin. Haihh menyakat kuat pulak. Selepas itu, sesi bersama kedua-dua pihak keluarga pulak. Syah senyum tanpa sedar. Haihh dah kahwin pun membernya sorang ni. Tinggal aku dengan Fay je. Ntah-ntah, Fay pun dah pasang sorang siap-siap apa.. Aku jugak yang paling last kahwin. Kahwin? Ye? Ntah la, getus suara kecil Syah. "Senyum apalah sorang-sorang tu. Teringat marka la tu!" Naqi mendapatkan Syah di sebelahnya. "Mana ada. Senyum sebab bahagia sorang tu dah nikah. Aku ni, huh! Sibuk dengan kerja. Mana ada masa marka bagai ni.." Syah jawab dengan penuh. "Hah! Wan! Tangkap gambar depa dua tu! Yang bertudung orange tu, dengan laki yang pakai t-shirt Polo tu. Cepat!" arah Karina. Wan si cameraman cepat memfokuskan kameranya ke arah orang-orang yang dimaksudkan Karina. Beberapa flash dimuka Syah menyebabkan dia terpandang cameraman tersebut. Apasal la dia candid aku? Gila? Haihh..
"Azrul! Datang jugak kenduri Karina ye! Ingatkan tak datang!" "For sure datang aunty. Dah Karina tu kawan saya since primary. Kahwin pulak dengan Rahim. Eloklah saya datang kan?" jawab Azrul penuh sopan. Hehe! Mummy angkat aku kenal aku lagi? Wow superb! "Ajak mak tak?" tanya Aunty Sara. "Ada ajak. Dia ada kat depan je aunty. Aunty nak bersembang dengan dia ka?" tanya Azrul. "Ha la.. lama tak jumpa dia. Kejap eh aunty ke depan," kata Aunty Sara berlalu menapak ke depan.
No comments:
Post a Comment
Critics from you, please?