He, again. (3)
"Ros! Lamanya tak jumpa!" "MasyaAllah! Sara! Lamanya!!" suara Ros agak meninggi. Ye la kan, kalau lama tak jumpa, excited tak ingat. "Kau sihat Ros?" tanya Sara. "Alhamdulillah sihat. Hang? By the way, congrats sebab dapat menantu baru! Wahh meriahlah rumah dia!" Ros mash tidak melepaskan kedua-dua belah tangan Sara. Rindu betul dia akan sahabatnya ini. "Aku? Sihat Alhamdulillah. Masih dipanjangkan umur. Eh, rumah hang tak meriah ke? Si Taufiq kan ada?" "Aku ni nak ramai cucu. Lagi meriah tau!" Ros membalas. Dia menginginkan cucu yang ramai. Memang suka betul dia. "Laa.. Si Azrul tu tak menikah lagi ka?" Sara angkat kening. Ros membuat muka hampa, "Aku ni dah tak larat nak suruh dia cari calon. Katanya, tak ready la, sibuk la.. Macam-macam alasan! Dia sorang ja la yang tak berbini lagi. Risau aku!" Sara seolah-olah mendapat idea, "Kalau aku tolong carikan boleh?" "Eh? Iya?" mata Ros membulat.
Syah bukan main galak menyuruh pasangan raja sehari tu melakukan pelbagai aksi. Hehe! Revenge maybe. Sampai malu tahap apa dah Karina dan Rahim. "Penatlah," "Sayang nak air eh?" Rahim bertanya, lembut. "Ada kemajuan. Teruskan!" Niqa yang tidak jauh, berkata. "Eh Wan, meh sini. nak tengok gambar tadi." "Nah," hulur dslr milik Wan kepada Rahim. Rahim dan Karina tekun melihat. Seolah-olah mencari sesuatu di dalam kamera tu. "Ahh!! Gambar ni! Sepadan kan?" kata Karina, kuat. Ramai menyerbu pasangan itu kecuali Syah dah beberapa orang yang lain. Syah tidak amik peduli. Dia keluar dari kawasan yang dikhaskan untuk sesi bergambar. Langkahnya terhenti bila Aunty Sara menahan dia. Tangan dia ditarik lembut. Syah hanya mengikut. Aunty Sara ni nak apa? "Haa.. Ni Nursyah Adlin. Syah je orang panggil," Aunty Sara memulakan perkenalan. Eh Aunty Sara ni.. Tau nak kenalkan ja. Sapa pulak makcik ni? Soalannya seolah-olah dijawapan Aunty Sara. "Syah, ni Aunty Ros. Tahu tak dia mum sapa?" "Ntah aunty. Tak pernah tau pun. Aunty gitaulah," Syah menjawab sambil tersenyum nipis. Aunty Ros senyum kembali ke arah Syah. "Ni mum Azrul! Kenalkan Azrul Irfan? Pernah berkawan kan dulu?" Aunty Sara memberi kejutan buat Syah. Biaq betoiii.. Syah melopong seketika. Jangan kata dia ada kat sini. No way. Not ready to confront him yet! "Ehh mak! Penat Azrul cari. Ingatkan mak dah balik tadi. hehe!" "Apanya mak nak merajuk?" tanya Ros kepada anaknya. "Yelahh.. sebab Azrul tinggalkan mak sorang-sorang kat dewan ni.." Azrul memegang tangan kanan maknya. Manja pulak laki ni, kata hati Syah. "Taklah.. mana mak sorang. Tak nampak Aunty Sara ni? Dia baru ja perkenalkan mak kat Syah ni." Ros memandang Syah. Syah tersipu malu. Bilanya aku ni jadi pemalu bak pokok semalu? Haihh.. "Syah? Takkan depan Azrul ni, Syah, Aunty?" Azrul agak terkejut. "Yelah.. Ni Syah. Takkan lupa. Tahulah study oversea tapi tak ingat kawan kat sini.." suara Aunty Sara agak memerli. Azrul memandang Syah yang berbaju kurung jingga. Cantik! Lama dia tak berjumpa gadis ini. Kali terakhir perjumpaan mereka ialah ketika Azrul hendak fly ke UK atas alasan menyambung pelajaran di sana, di bawah tajaan JPA. Kursus medical. Si Syah pulak, dicampak ke University of Macquarie. Bidang jurutera sivil. Hampir 9 tahun tak bersua.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Critics from you, please?