"Nanti Syah datanglah ke rumah. Nanti Aunty suruh Azrul jemput okay?" kata Aunty Ros. Syah hanya mampu mengangguk. Haih.. macam mana la boleh terserempak dia kat sini? Punya la berharap taknak jumpa langsung. Tup-tup, ada depan mata. Heh nak lari mananya kau Syah.. Dah la mak dia jemput aku pi rumah. Bagus sangat! Hati Syah bermonolog.
Syah berbaring di katil setelah membersihkan badannya. Badannya melekit. Ye lah. Seharian ada dekat Dewan Orkid tu. Tapi berbaloi jugak dia datang. Boleh bertemu semula gengnya. Dia dengan tiba-tiba teringat akan muka lelaki yang sudah 9 tahun dia tidak berjumpa. Azrul Irfan Mansor. Ya, dialah yang dimaksudkan oleh Syah. Lelaki itu menghilang dari pandangannya setelah fly ke UK. Lelaki yang telah banyak membantunya ketik di sekolah menengah dulu. Lelaki yang menjadi teman belajarnya. Lelaki yang selalu menjadi pendengarnya ketika dia mempunyai masalah. Lelaki yang suka menyakat dia. Satu-satunya lelaki yang dia percaya. Dan lelaki itulah menjadi lelaki pertama yang dia ucapkan kata-kata cinta. Namun lelaki itu menolak cintanya atas alasan, mereka berdua belum bersedia dalam hal ini. Hati Syah dikecewakan dan sehingga ke saat ini, dia tidak pernah menyukai sesiapa pun sejak kejadian itu berlaku. Katanya, serik. Ntah la. Mungkin.
Tugas Syah kembali sibuk dengan projeknya di syarikat milik pak ngahnya. Untung badan sebab ada ahli keluarga yang mempunyai syarikat besar. Senang sikit nak cari kerja. "Syah, pelan pembinaan kompleks dekat Ipoh dah siap?" "Ada la yang nak kena perbetul sikit, Datuk. Nanti Syah hantar dekat meja Datuk by lunch. InsyaAllah siap," jawab Syah penuh sopan. Pak ngahnya menarik senyum ikhlas lalu menapak ke arah pejabatnya. Syah agak kalut ketika pak ngahya menyapa. Yelah.. bos besar nak tengok kerja. Nasib sempat habiskan. Kalau tak, habislah reputasi dia sebagai jurutera yang berdedikasi di syarikat tersebut.
"Mak ngah..." Syah memeluk badan separuh usia tersebut. Pak ngahnya mengambil tempat di sebelah isterinya. "Syah busy tak malam ni? Mak ngah ingat nak ajak Syah dinner kat luar la malam ni," "Eh mak ngah. Macam tetiba ja mak ngah ajak makan luar. Tak larat nak masakkan untuk Syah ke?" Syah mencebikkan mukanya. Alahh.. baru nak request mak ngah masakkan ketam masak lomak. "Mak ngah nak Syah jumpa someone nanti. Syah.. tak berpunya kan?" Syah membeliakkan matanya. Apa la pulak mak ngah ni.. Alohh.. Syah sekadar mengangguk. "Okeylah abang. Jadilah kita jumpa dengan family Tan Sri Mansor tu." mak ngahnya memandang suaminya. Syah hanya terdiam sepi.
No comments:
Post a Comment
Critics from you, please?