He, again. (5)




Selesai solat Maghrib, Syah mencapai sehelai jubah hitam miliknya. Saja dia nak tukar angin. Dah lama dia tidak menyarung jubah itu. Syah mengenakan bedak tipis dan lip balm. Tak perlu nak over la malam ni. Dinner je pun, hati Syah berkata. Setelah berpuas hati dengan penampilannya, Syah keluar dari bilik. Harith menyapanya, "Wahh.. lawanya kak Syah kita ni.." "Mana ada la Harith. Akak pakai jubah biasa ni ja" "Tetap cun la!" Harith berseloroh. Dia mengenakan sehelai baju melayu kuning dan jeans. Simple. Mereka menuruni tangga bersama sambil bersembang. Bukan senang nak bersembang dengan Syah ni. Busy memanjang. Huh! "Comelnye kak Syah ni.. terpikat gak dengan abaa....." dengan laju mulut Yana ditutup oleh mak ngah. "Jom Syah. Pak ngah tunggu lama dah dalam kereta," mak ngahnya menarik Yana keluar dari pintu rumah. Harith mengunci pintu dan mendapatkan tempatnya di bahagian depan penumpang.
Hadrawat. Eloklah. Mereka pun dah berpenampilan macam geng arab sesat. "Assalamualaikum Tan Sri..." Dato' Fauzi memberi salam. "Waalaikumsalam Dato'.. Tak payah la panggil saya macam tu. Panggil Mansor dah la. "Awak pun sama la.. Panggil ja saya ni Fauzi. Tak pun Poji." Dato' Fauzi tergelak. "Terkenang pulak zaman kerek dulu ye?" "Biasalah.. satu universiti kan.. Hahah!" Dato' Fauzi gelak lagi. Datin Zakiah, Puan Sri Ros bersalaman sesama mereka. Syah dan Yana hanya menuruti. "Eh?! Ni Syah kan?" Puan Sri Ros agak terkejut. Syah mengangguk perlahan. Senyum manis ditariknya. Riak wajah mak ngah berubah, "Puan Sri kenal?" "Mananya tak kenal.. dulunya kawan anak saya. Takyah la panggil saya Puan Sri. Ros je." Hati Datin Zakiah berbunga-bunga. Wah! Tak sangkanya!
Syah makan menghadap Azrul. He? Again? Ya Allah... macam mana nak makan mentekedarah ni.. Asyik control ayu makan ja.. Ishh! Hati Syah membentak. Azrul mencuri pandang wajah Syah. Such a decent face she had. Such a beautiful lady she is. "Tengok anak dara sampai macam tu ye Azrul?" maknya menegur. Azrul tersedak-sedak seketika. Mak ni! Kantoikan Azrul pulak! Syah tak amik pusing. Pandangan malas dilontar Syah kepada Azrul. Kenapa Syah macam tak suka ja kat aku ni? Masih stuck kat peristiwa dulu ke? Hati Azrul pula membentak. Takkanlah...
Sejadah dilipat kemas. Dia bangun dan terus rebah di atas katil kayunya. Siling biliknya dipandang. Terbayang pula wajah Syah. Azrul senyum tanpa sedar.

No comments:

Post a Comment

Critics from you, please?